myMotor / myClick
Pilihan perlindungan komprehensif yang diyakini ramai.
- Kemalangan, kebakaran & kecurian
- Liabiliti pihak ketiga
- Semua pemandu yang dibenarkan
- Bantuan kerosakan 24/7
- Cashback jika tiada tuntutan
Pilih perlindungan Takaful Kenderaan yang paling berbaloi untuk kereta atau kenderaan anda. Jimat lebih dengan perbandingan yang tepat.
Manfaat, kelayakan dan harga sebenar bergantung pada profil kenderaan dan pelan yang dipilih.
Pilihan perlindungan komprehensif yang diyakini ramai.
Pelan Takaful khas untuk ketenangan pemandu dan penumpang.
Perlindungan menyeluruh dengan kemudahan tuntutan pantas.
Masukkan harga pasaran, kapasiti enjin dan NCD anda — kami kira anggaran premium, SST dan duti setem serta-merta.
Masukkan maklumat asas kenderaan seperti model, tahun, CC dan perlindungan yang diperlukan.
Sistem/pasukan kami akan membantu membandingkan sebut harga dari pelbagai pengendali Takaful.
Bandingkan harga dan skop perlindungan, kemudian buat keputusan dengan yakin dan selamat.
Isi borang ringkas ini dan kami akan uruskan selebihnya. Sebut harga rasmi akan dihantar ke WhatsApp anda.
Tidak. Harga (caruman) dinilai mengikut konsep 'De-Tariff'. Ini bermakna ia bergantung pada profil risiko kenderaan anda seperti umur kenderaan, CC, jenis perlindungan, rekod pemandu (NCD), dan kawasan.
Jika kenderaan anda masih di bawah pinjaman sewa beli (loan bank), kebiasaannya anda diwajibkan mengambil perlindungan Komprehensif. Jika kenderaan telah habis bayar dan agak berusia, anda ada kebebasan untuk memilih pelan Pihak Ketiga (Third Party) atau TPFT.
Sangat disyorkan jika anda tinggal atau sering memandu di kawasan berisiko banjir, pokok tumbang, atau tanah runtuh. Polisi biasa tidak akan menanggung kerosakan akibat bencana alam.
Untuk kereta berusia lebih 5 tahun, syarikat Takaful biasanya menolak sejumlah 'betterment' (susut nilai alat ganti) daripada bayaran tuntutan apabila alat ganti baharu digunakan menggantikan yang lama. Dengan add-on ini, potongan tersebut diketepikan (waived) supaya anda menerima bayaran tuntutan penuh tanpa ditolak susut nilai alat ganti. Caj biasanya bertingkat ikut umur kenderaan — sekitar RM200 (4-7 tahun) hingga RM400 (12-15 tahun).
Kami kira Premium Asas berdasarkan nilai pasaran, kapasiti enjin dan kawasan berdaftar kenderaan anda. Diskaun NCD anda ditolak daripada Premium Asas untuk dapatkan Premium Selepas NCD. Perlindungan tambahan (Bencana Alam, Cermin Hadapan, Waiver of Betterment Clause) yang dipilih kemudian ditambah untuk dapatkan Premium Kasar, sebelum 8% SST dan RM10 Duti Setem dikenakan untuk Jumlah Perlu Dibayar. Kadar SST dan duti setem disahkan daripada Lembaran Pendedahan Produk rasmi 3 syarikat Takaful.